“Fewwit….”,”Cantiknya mata….”, “Comelnya dia…”, adalah antara ayat-ayat pujian dari lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya. Oleh itu, walau apapun gaya hijabmu; tudung labuh, tudung moden, purdah, baju kurung, blouse labuh, jubah mahupun abaya, jangan sesekali dihilangkan manfaat berhijab dari dirimu; iaitu sebagai benteng keselamatan, tirai malu serta pengawal iffah dan agar dirimu dikenali sebegai muslimah beriman lagi bertakwa.
Justeru, jangan mengikut arus berpakaian yang memadankan blouse pendek dan ‘skinny jean’ atau t-shirt labuh dan legging walau tudung yang digayakan labuh melepasi dada kerana pakaian seumpama itu masih belum sempurna menutup keindahan tubuh seorang wanita. Ia mungkin cantik pada penilaian sesetengah manusia tapi belum tentu indah pada penilaian ALLAH dan Rasul-NYA.
Sebaiknya, pakailah blouse labuh bersama palazo atau skirt labuh. Ia tetap cantik dan manis juga pada pandangan mata.
Nabi SAW bersabda :
لا تكونوا إمعة تقولون إن أحسن الناس أحسنا وإن ظلموا ظلمنا ولكن وطنوا أنفسكم إن أحسن الناس أن تحسنوا وإن أساءوا فلا تظلموا
Maksudnya : “Janganlah kamu menjadi ‘pak turut’ yang sering berkata : “Jika orang di sekelilingku baik nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim”. Hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, maka kamu tidak menjadi buruk dan zalim (seperti mereka)” (Riwayat Tirmizi)
Pemilik hati yang bersinar dengan sifat2-sifat mahmudah akan tetap terus melakukan ketaatan walau di sekelilingnya dipenuhi perkara-perkara keingkaran dan kemaksiatan.
Muslimah solehah sifatnya bukan seumpama ‘lalang’!
SAHABAT-SAHABAT, PILIHAN ITU DI TANGAN KITA, DUNIA INI SEBENTAR SAHAJA :)
Design by Simon Fletcher. Powered by Tumblr.
© Copyright 2010